Membawa anak-anak berjalan ke Melaka memang menyeronokkan, tambahan pula terpaksa pula berkursus di sana. Mujur juga ada abang di sana yang boleh dijadikan tempat persinggahan untuk berkampung selama 2 minggu bersama anak-anak. Terima kasih juga kepada emak yang sudi membantu menjaga anak sepanjang aku berkursus. Almaklumlah, Mr Zarul bercuti hanya seminggu dan selepas itu terpaksa pulalah mak yang take over. Walau apapun sayang mak dan Mr Zarul. He2.
Berjalan di Dataran Melaka, sambil melawat Muzium di situ dan melihat-lihat cenderamata.
Pertama kali menaiki beca, memang seronok. Tapi aku rasa gayat sikit. Tak tau kenapa. He2
Berjalan ke Zoo Melaka. Seronoknya mereka dapat melihat sendiri binatang dan unggas-unggas di situ. Amani menyanyi lagu "Burung Kakak Tua" bila ayahnya beritahu di depannya itu burung kakak tua. Lucu betul Si Amani. Tidak petah lagi bercakap, bila nyanyi sangkut-sangkut la, yang dengar pun cuma perkataan tua...letcum olala...
Pengalaman pertama yang tidak dapat aku lupakan, memberi makan kepada gajah. Menggeletar kepala lutut. He2. Nak bagi makan kena la beli tebu-tebu tu yang berharga RM2, so puas jugala. Kena tunggu turn coz ramai juga yang tidak mahu melepaskan peluang yang sama, jangan berebut-rebut. Tengok aku, sopan aje, ha2.
Gambar ini memang real, dekat betul muka gajah tu dengan aku, Amani siap nak pegang lagi. Nasib baik gajah tu jinak dan cool aje. Memang syok lah.
Berlainan dengan Khayra, jelas amat takut nak bergambar walaupun ayahnya ada, adik berani terlajak pula.
Si Khayra mengambil gambar kami bertiga. so gegar la sikit.
Semasa aku berkursus ayahnya membawa si Amani dan Khayra bermain pasir di pantai, tengok tu!!! Pasir pun dah ada dekat mulut. Mesti test rasa pasir tu ye dik....
Kini, aku bebas di pantai... He2
Mujurlah sewaktu aku berkursus di Melaka, Khayra yang terpaksa ponteng tadika UPSI dapat belajar di tadika Melaka selama 5 hari. Terima kasih kepada abang aku yang menghubungi guru tadika anaknya untuk memasukkan Khayra ke situ. Terima kasih juga kepada guru tadika yang sudi menerima dan mengajar Khayra selama 5 hari di situ. Pinjam baju Kak Deeba (sepupu Khayra).
Hari Jumaat kena berbaju kurung. Nasib baik badan lebih kurang, Khayra terpaksa meminjam baju Deeba sebab ibu tak bawa baju kurung. Sebenarnya, aku pun tidak merancang untuk memasukkan Khayra ke tadika Deeba tetapi memikirkan amatlah rugi bagi Khayra meninggalkan tadikanya selama 5 hari, maka aku mohon abang aku berbincang dengan guru tadika anaknya. Jadi, mereka ke sekolah berdua dan dihantar oleh abangku.
Bersama cikgu Norlela (guru tadika UPSI) yang turut sama berkursus denganku. Tahniah Norlela yang kini mengandungkan cahayamata pertamanya. Berkat kursus di Melaka. hi2. Jangan mare :)
Bersama dengan ahli kumpulan di malam terakhir berkursus selama 2 minggu di Puteri Resort Melaka. Selesai sudah. Alhamdulillah. :)