JellyPages.com

Tuesday, 31 May 2011

Alamak!!!

     Kejadian ini berlaku pada pagi Sabtu. Hanya ibu di rumah, ayah tiada kerana terpaksa berkerja. Seperti biasa aktiviti ini amat dinanti-nantikan oleh Kaisara apabila ibu meletakkan Kaisara betul-betul berhadapan dengan laci.

     Mula-mula buka laci, Yea!! dapat tarik laci dengan jayanya.


     Kakak tegur, adik jangan buat sepah, nanti ibu marah.


     Ok lah, adik berlakon macam nak tutup laci itu semula.


     Tak jadilah, sambil mengeluarkan beberapa keping vcd.


     Tengok kat tv ada citer best, stop kejap.


     Ok, saya ambil satu ye ibu! Sambil duduk bersimpuh.


     Banyak lagi ni, saya keluarkan lagi ye ibu.


     Eh! Alamak, saya ke yang buat sepah-sepah ni.


     Ok ibu, saya simpan semula ye.


     Saya ambik satu, saya suka yang ini, boleh tak ibu.


     Wah! Macam best je vcd ni.


     Saya nak tengok yang lain juga, boleh kan ibu


     Ish, macam mana nak kuarkan vcd ni. Dengan mood tension :(

     Akhirnya, nasib baik ada kakak Khayra, kakak simpan semula barang-barang yang Kaisara selerakkan dengan kata-kata: Ibu! ni semua adik yang sepah-sepah tau, kakak tak buat pun. Padahal ibu nampak kakak pun tolong adik buka laci itu. Hi2.

Thursday, 26 May 2011

KaiSaRa AmaNi 2010 hingga 2011

     Kaisara Amani binti Mazarul Hasan. Kaisara bermakna permaisuri, Amani bermakna cita-citaku. Sebenarnya nama Kaisara Amani dipilih setelah Kaisara lahir ke dunia. Pada masa itu ada satu slot drama Kaisara yang amat popular di tv. Ibu suka sangat dengan nama itu. Kebetulan pula huruf pangkalnya sama macam nama kakak Khayra. Amani pula dipilih oleh ayah. Moga anak ibu dan ayah ini sentiasa menjadi permaisuri di hati ibu, ayah, kakak Khayra dan keluarga kita yang lain. Permaisuri yang baik hati, solehah dan penyayang. 
     Sebelum ini kandungan ibu disahkan lelaki oleh doktor pakar di Cheras, hinggalah usia kandungan ibu 9 bulan, ibu dan ayah dikejutkan dengan jantina baby. Sewaktu ibu di scan di Pusat Perubatan UM, mereka mengatakan kandungan ibu adalah perempuan, tetapi mereka juga tidak berapa pasti. Jadi, ada 2 pandangan  yang berbeza. Sewaktu Kaisara dalam kandungan ibu, kakak Khayra suka memanggil baby dengan nama Darwisy. Baby kuat menendang dan sangat aktif di dalam kandungan. Tambahan pula pada masa itu world cup football tengah berlangsung, ayah pula sangat suka tengok bola, manalah tahu berjangkit dengan demam piala dunia pula. Semua merasakan kandungan ibu adalah lelaki termasuklah ibu dan ayah. Perkara ini turut disahkan pula oleh seorang doktor pakar di Cheras. Tetapi apabila ibu menerima khabar di PPUM itu, hati ibu berbelah bagi. Namun ibu dan ayah tidak kisah dengan jantina baby asalkan baby yang lahir sihat dan comel. Sehinggalah baby dilahirkan, kakak Khayra masih juga memanggil baby dengan nama Darwisy kerana kakak Khayra suka nama itu. Beberapa kali juga ibu membetulkan kakak Khayra bahawa nama baby  ialah Kaisara Amani dan akhirnya kakak Khayra panggil adik sahaja.  


     Kaisara Amani lahir pada 8 jun 2010 secara normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada waktu Subuh. Berat Kaisara ialah 3.6 kg.


     Kaisara Amani 2 bulan. Rambut Kaisara telah dicukur oleh mak teh.


     Kaisara Amani 3 bulan di Hospital Bandar Pusat Jengka. Kaisara demam panas. Jadi kita berumah di situ selama 5 hari dan itulah kali pertama ibu, ayah dan kakak Khayra beraya aidilfitri di hospital bersama Kaisara. Kaisara juga kena sedut gas kerana doktor mendengar bunyi pernafasan Kaisara yang agak kuat, mungkin banyak kahak. Menangis jugalah anak ibu sewaktu menyedut gas dan perlu makan ubat sentiasa mengikut waktu. Ayah dan kakak Khayra selalu datang menjenguk kita berdua di hospital kerana mereka tidak boleh tinggal bersama kita di situ. Ayah dan kakak Khayra berulang alik dari rumah tokwan  jengka ke hospital.


     Kaisara Amani 4 bulan.


     Kaisara Amani 5 bulan. Kaisara sudah pandai meniarap.


     Kaisara Amani 6 bulan. Kaisara yang sudah pandai duduk. Gambar ini diambil di Putrajaya.


     Kaisara Amani 7 bulan. Kakak Khayra kata Kaisara mahu menjadi doktor gigi. Kakak Khayra mahu jadi doktor mata. Insyaallah.


     Kaisara Amani 8 bulan. Sangat suka mengejar kakak Khayra dengan keretanya itu.


     Kaisara Amani 9 bulan. Suka menggigit semua benda termasuklah hp kakak Khayra.


     Kaisara Amani 10 bulan. Pertama kali ibu dan ayah membawa Kaisara mandi di laut. Kita mandi di Teluk Batik, Perak. Mula-mula Kaisara takut dan menangis, jadi ibu memeluk dan berendam bersama Kaisara, Kaisara merasa seronok bermain air sampaikan kecut jari jemari kerana sejuk.


     Kaisara Amani 11 bulan. Aktiviti yang amat digemari apabila ibu memberikan bakul baju itu kepada Kaisara. Mula-mula Kaisara golek-golekkan bakul, masukkan kaki dan cuba juga memasukkan badan ke dalam bakul. Akhirnya, ibu memasukkan Kaisara ke dalam bakul.


     Kaisara Amani setahun bersama kakak Khayra. Sayang adik! Kata kakak Khayra.

     Kaisara Amani permata hati ibu dan ayah, jadilah anak yang baik, patuh pada suruhan Allah, santun tutur kata dan tingkah laku, cemerlang dunia dan akhirat. Ibu dan ayah amat menyayangi dan mencintaimu sepenuh hati.

Tuesday, 10 May 2011

Dr. Nora Idamanku

     Alhamdulillah, akhirnya aku menerima khabar paling gembira apabila telah lulus dengan jayanya untuk merangkul idaman hati pada Konvo 2011 di UM. Bersyukur kepada kurniaan Allah dengan segala ujian dan rintangan, jatuh dan bangun ketika hati sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan perjuangan mencari Idaman itu. Berkat ketabahan, sabar yang kuat, didorong oleh semangat anak kecil yang kadang-kadang merengek mencari pelukan kasih sayang ibu pada ketika sepertiga malam di saat ibunya bersengkang mata memeluk batas-batas ilmu yang mesti digenggamnya. Terima kasih ya Allah kerana melimpahkan rezeki dan rahmatmu pada aku hambamu, insan yang kerdil dan sentiasa tidak berdaya. Moga langkah permulaan ini menjadi titik tolak untuk aku terus mendaki dengan berkat ilmu para guru-guruku dan limpahan kasih sayang suami, ibu ayah, mertua, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakanku yang lain. Ya Allah, syukur ku padamu kerana telah menganugerahkan padaku gelaran Dr. Norazimah bt Hj Zakaria. Emak, ayah... anakmu ini telah memenuhi hajatmu. Doakan aku selalu.

Wednesday, 4 May 2011

Khayra Zulaikha Entri Empat

     Tahun 2011 Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah sudah pun berumur 4 tahun. Fizikal Khayra seperti anak-anak darjah satu, tetapi apabila mendengar Khayra bercakap, semua orang akan tertanya dan bertanya pada ibu, berapa umur Khayra. Apabila ibu mengatakan Khayra baru sahaja berusia 4 tahun, reaksi orang yang mendengarnya agak terkejut dan sedikit teruja. Anak ibu memang tinggi, dan matang. Lambat lagi rupanya untuk ibu dan ayah menghantar Khayra ke sekolah. Macam mana agaknya apabila Khayra bersekolah nanti ye!! 

Khayra Zulaikha 4 Tahun bersama adik Kaisara Amani

Khayra Zulaikha 4 tahun 1 bulan
     Gambar di atas diambil di Sunway Pyramid, lokasi yang Khayra suka untuk melihat pemandangan luar sekitar Sunway Lagoon.
Khayra di Menara Kuala Lumpur
     Sewaktu cuti sekolah ayah telah membawa Khayra ke Menara Kuala Lumpur. Ayah pergi bersama Khayra, Uncle Ahmad Zaini bersama anaknya Daisy. Ibu dan ibu Daisy kena berkerja, jadi hanya ayah dan ayah Daisy sahaja yang membawa Khayra dan Daisy berjalan-jalan ke Menara Kuala Lumpur.
Khayra dan Daisy
     Dua orang anak gadis yang comel-comel dan baik hati.
Khayra Zulaikha 4 Tahun 2 Bulan
     Gambar Khayra di Putrajaya.
Khayra Zulaikha 4 tahun 3 Bulan
     Khayra yang suka menampal muka dengan pelekat dan menggantung mainan adik Kaisara di telinga, pada masa ini Khayra minta ibu belikan subang berjuntaian panjang macam itu, Ish! anak ibu.
Subang yang ibu beli untuk Khayra 
Khayra dan subang baru
     Aksesori yang sering Khayra pakai ialah subang. Ibu ingat lagi sewaktu kita di Kedai emas Giant Manjung, Perak. Pada masa itu umur Khayra 3 tahun. Pada asalnya ibu dan ayah tidak bercadang untuk menindik telinga Khayra, tetapi Khayra selalu minta untuk memakai subang, Khayra mahu macam Kak Deeba, Kak Dina, Kak Najwa (sepupu Khayra) dan Kak Sasha (Rakan Taska Khayra). Jadi ibu dan ayah memutuskan untuk menindik telinga Khayra di kedai emas sahaja. Agak melucukan juga, Khayra yang pada mulanya sangat bersemangat dan berani untuk ditindik telinga, akhirnya menangis di kedai emas itu, Khayra menangis bukan kerana sakit tetapi Khayra terkejut dengan dua alat penembak tindik telinga yang berbunyi "pop" dan bunyi itu membuatkan Khayra terkejut dan menangis. Apabila Khayra melihat sudah ada subang di telinga, Khayra berhenti menangis dan sangat seronok.
Khayra Zulaikha 4 tahun 4 bulan
     Aktiviti Khayra di pantai. Pada masa ini kita di Bagan Lalang.
Pertama Kali Bermain Layang-layang di Bagan Lalang
     Ayah belikan Khayra layang-layang. Pengalaman buat pertama kalinya Khayra bermain layang-layang dan Khayra sangat seronok dan begitu teruja. Ibu pun teruja juga, sudah lama tidak bermain layang-layang.
Riadah di Waktu Petang, Berjoging di Taman Tasik Permaisuri, Cheras
     Aktiviti Khayra di waktu petang, berjoging bersama ayah dan ibu. Khayra akan berlari-lari anak dan minta berhenti disebabkan penat, Khayra akan menarik tangan ibu berlari bersama dan kita selalu ketinggalan jauh daripada ayah. Ayah berlari hampir 2 pusingan tetapi kita baru berlari 1 pusingan. 
Khayra Zulaikha di PWTC
     Ibu dan ayah telah membawa Khayra ke pameran buku terbesar untuk kanak-kanak di PWTC pada 16 April 2011. Terima kasih kepada auntie Lin yang memberi info mengenai pameran ini. Sila klik sini untuk lihat entri auntie Lin yang baik hati itu. Anak auntie Lin iaitu abang Adam juga terlibat dengan pertandingan Bacalah anakku yang dianjurkan Pa & Ma pada hari Ahad. Kebetulannya kita pergi ke PWTC pada hari Sabtu, jadi Khayra tidak berkesempatan untuk melihat abang Adam membaca pada hari Ahad. Pada masa ini umur abang Adam baru 6 tahun tetapi sangat lancar membaca. Auntie Lin juga memperkenalkan ibu dengan set buku Bacalah Anakku dan Khayra juga sering menggunakannya.
     Berbalik semula cerita kita di PWTC. Khayra secara tidak sengaja, mungkin didorong oleh semangat ibu yang pada mulanya melihat ramai orang di booth murai.com.my, pada mulanya ibu sekadar bertanya pada adik-adik macho di situ bagaimana jika  ada peserta yang ingin bergambar di ruangan stailistakids,  disebabkan teruja melihat kanak-kanak di situ bergaya sakan, jadi ibu tanya pada Khayra sama ada Khayra mahu bergambar bersama jurukamera di situ ataupun tidak. Disebabkan Khayra yang mahu, jadi ibu dan ayah memutuskan untuk menyertai sahaja pertandingan stailistakids di murai.com. Klik sini untuk melihat. Pengalaman bergambar di depan kamera adalah sekadar untuk suka-suka dan ingin melihat Khayra seronok dan gembira.
Apabila Khayra ingin menjadi princess
     Aksesori Khayra yang ayah belikan apabila Khayra ingin menjadi Princess. Permata yang ada pada crown itu sudah tercabut disebabkan adik juga berebut untuk bermain dengan crown Khayra.
Apabila Khayra Bergaya Princess
     Masa umur Khayra 3 tahun, Khayra tidak gemar dengan anak patung seperti Barbie dan crown seperti ini. Sejak umur 4 tahun, Khayra mula tertarik dengan segala alat solek dan ingin menjadi puteri pula. Tengok tu! Khayra bergaya tanpa disuruh. Ibu pun tidak tahu di mana Khayra belajar pose macam ini. Alahai anak ibu. Sangat manis.
Aksesori Kecantikan Khayra
     Pemerah pipi yang tiga warna itu ibu beli dengan auntie Lah, auntie Lah jual barang avon. Kebetulan ada yang murah, jadi ibu belikan untuk Khayra. Lihat sini untuk lihat blog auntie Lah. Auntie Lah menjual baju baby dan  bermacam-macam lagi di kedai mayanya itu.
Pooh kesayangan
     Pooh kesukaan Khayra semasa Khayra kecil. Tetapi apabila Khayra sudah besar, Khayra ada aktiviti baru iaitu melihat cerita Mr Bean dan bermain dengan adik Kaisara Amani.
     Khayra Zulaikha permata hati ibu dan ayah, jadilah kakak yang baik dan melindungi adik-adik, jadilah anak yang baik dan solehah dunia akhirat, ibu dan ayah amat menyintai dan menyayangimu sayang.